fbpx

Kerajaan diminta kaji semula SOP PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf

PETALING JAYA- Kerajaan diminta untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pihaknya memohon kepada kerajaan untuk melonggarkan SOP ditetapkan pada PRN Melaka agar tidak menyekat calon berkempen.

“Dalam keadaan terkawal kena patuh SOP oleh kerajaan, jadi kami memohon kepada kerajaan untuk merujuk semula apa yang telah diberi agar tidak menyekat usaha kempen dalam PRN Melaka.

“Kita memohon kerajaan supaya melonggarkan syarat agar dapat berkempen, apa guna datang Melaka kalau kena kurung, baik tidak payah datang,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI