fbpx

Chong Wei jadi Duta Pelancongan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Wei (dua dari kanan) ketika menerima sijil pelantikan selaku Duta Pelancongan Sabah di Kota Kinabalu hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pelantikan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei selaku Duta Pelancongan Sabah dilihat mampu melonjakkan kembali industri pelancongan di negeri berkenaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Chong Wei adalah seorang ikon yang mempunyai pengikut tersendiri di seluruh dunia.

“Kita percaya menerusi pelantikan ini, beliau mampu mempromosikan pelancongan Sabah sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

“Hal ini penting berikutan kita sedang dalam proses pemulihan pelancongan serta ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Sebagai Duta Pelancongan Sabah.

Dalam pada itu, Jafry menyatakan kerajaan negeri juga bercadang untuk menubuhkan Akademi Datuk Lee Chong Wei dalam usaha meningkatkan keupayaan bidang sukan khususnya badminton di Sabah.

“Saya bersama rombongan kementerian sudah membawa beliau membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan antara perbincangan termasuklah berkaitan penubuhan Akademi Datuk Lee Chong Wei.

“Ia dilihat mampu memberi kesan positif kepada rakyat dan bidang sukan terutama badminton di negeri ini. Selain itu, akademi terbabit turut mampu dijadikan pusat latihan pemain luar negara sekaligus membantu industri pelancongan Sabah,” katanya.

Sementara itu, Chong Wei menyatakan keterujaanya apabila dilantik selaku Duta Pelancongan Sabah bagi tempoh Oktober 2021 sehingga Disember 2022. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI