fbpx
NEVILLE mengecam kekalahan besar itu sebagai sa­ngat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kepada pasukan gergasi seperti United.

Old Trafford dimalukan selepas 66 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Neville membidas aksi longlai pasukan itu ketika dibelasah 0-5 oleh ­Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Keputusan itu adalah kekalahan terbesar United di laman sendiri dalam tempoh 66 tahun sejak tewas dengan jaringan serupa kepada Manchester City pada 1955.

Neville yang merupakan bekas kapten The Red Devils menyifatkan kekalahan seperti itu sa­ngat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kepada United.

“Saya tidak pernah terfikir ia akan berakhir seperti ini. Kekalahan ini mengejutkan dan United akan berdepan situasi lebih buruk sebab mereka masih dalam proses membangunkan pasukan.

“Apabila berdepan pasukan tersusun seperti Liverpool, kelemahan mereka menjadi punca sehingga dimalukan seperti itu. Saya lihat pemain-pemain United seperti berjoging sahaja di dalam padang,” ujar Neville.

Beliau turut menyifatkan aksi longlai ditampilkan United mungkin disebabkan oleh kelemahan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang tidak membuat sebarang perubahan taktikal apabila pasukan ketinggalan.

“United adalah antara pasukan memiliki statistik paling rendah pada liga. Bagi saya, situasi itu mencerminkan kredibiliti pengurus, staf serta pemain Uni­ted ketika ini,” katanya. – AGENSI

POPULAR