fbpx

‘Sarjan Meow’ lintas perbarisan 69 Komando curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seekor kucing melintasi perbarisan anggota 69 Komando pada majlis sambutan ulangtahun pasukan tersebut di Kem Ulu Kinta, Ipoh semalam.

IPOH – Aksi bersahaja seekor kucing yang melintasi perbarisan pegawai dan anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada majlis sambutan ulang tahun pasukan tersebut di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Ulu Kinta di sini semalam menarik perhatian warga maya.

Foto berkenaan dirakam jurufoto Bahagian Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman yang hadir pada upacara tersebut sebelum dimuat naik dalam laman Facebook PDRM.

Pada foto itu menunjukkan gelagat si bulus berjalan di hadapan anggota perbarisan umpama seorang sarjan atau jurulatih kawad sedang melakukan pemeriksaan.

Paparan pada hantaran berkenaan pula ditulis dengan keterangan aksi ‘si meow’ itu seolah-olah memastikan keadaan barisan dalam keadaan siap siaga.

“Mungkin itu tugas sulit ‘Sarjan Meow’ untuk memastikan barisan dalam keadaan siap siaga sebelum diperiksa oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Hazani Ghazali sempena sambutan Hari Ulang Tahun 69 Komando ke-52 yang diadakan di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta di sini, pagi tadi.

“Jika Jabatan Siasatan Jenayah mempunyai anjing pengesan K9, mungkinkah 69 Komando juga memiliki kucing pengesan CAT69?,” tulis pada paparan berkenaan.

Hantaran tersebut dibaca lebih 7,000 pelayar selain mendapat 378 komen serta 385 perkongsian.

Antaranya Muzammil Zolkepli yang menulis, “Pantang undur kecuali bau wet food.”

Turut memberi komen lucu ialah Kril, “Ingatka ejen ali saja-saja buat dalam cerita. Rupanya ada. Ni memang ejen betul.”

Komen Huda Radzi pula ialah, “Sarjan oyen tak datang so sarjan tompok ganti.”

Sementara itu pada upacara tersebut, Hazani telah dianugerahkan beret kehormat 69 Komando yang pemakaiannya telah dilakukan sendiri oleh komandernya, Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd Yusoff. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI