fbpx

Fokus kaedah pertanian moden menerusi DAN 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penekanan terhadap kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor pertanian negara dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, strategi pemodenan dan pertanian pintar akan menjadi kunci bagi menjayakan transformasi sektor agromakanan yang bakal dipacu melalui dana pembiayaan, insentif pelaburan dan tenaga kerja bagi meningkatkan tahap penerimagunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat.

“Dalam hal berkaitan, bidang Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi akan menjadi nadi pembangunan sektor ini. Seiring itu, kerjasama pelbagai agensi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut digembleng dalam menjayakan DAN 2.0 ini.

“Melalui kerangka DAN 2.0 beserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan, sasaran purata pertumbuhan sektor agromakanan dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya pada majlis pelancaran DAN 2.0 hari ini.

Tambah Ismail Sabri, DAN 2.0 merupakan kesinambungan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 yang bertujuan menjamin bekalan makanan negara mencukupi dan selamat serta menjadikan sektor agromakanan berdaya saing.

“Melalui DAN 2011-2020 sektor agromakanan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dengan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.8 peratus pada tahun 2020.

“Peningkatan ini hampir 100 peratus berbanding pertumbuhan KDNK pada 2010. Jumlah eksport bahan makanan turut meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada RM18.1 bilion kepada RM33.7 bilion bagi tempoh tahun yang sama,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI