fbpx
Gambar hiasan.

Bekas peniaga kekal penjara seumur hidup, 10 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang bekas peniaga kekal dihukum penjara seumur hidup dan 10 sebatan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan lelaki bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM500,000 di Melaka 10 tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat bersama dua lagi hakim iaitu Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd. Yusof yang menolak rayuan terakhir Kamaruzaman Mohamed Shah, 44, selaku perayu.

Berdasarkan Seksyen 3, Akta Keadilan Jenayah 1953 penjara seumur hidup ini bukanlah bermaksud pesalah dihukum penjara dari tarikh mula hukuman penjara sehingga pesalah meninggal dunia, tetapi bermaksud suatu hukuman penjara bagi tempoh 30 tahun.

Rayuan terakhir itu adalah untuk perayu mengetepikan sabitan dan hukuman selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 23 April 2019 dan Mahkamah Tinggi Melaka pada 27 Oktober 2017 yang mengekalkan hukuman dan sebatan itu terhadap perayu.

Ketika membaca penghakiman ringkas, hakim Vernon berkata sabitan yang dikenakan oleh mahkamah terdahulu adalah selamat selain terdapat bukti menunjukkan tertuduh terbabit dalam insiden penculikan tersebut.

“Mahkamah mendapati wujud keterangan mencukupi daripada pihak pendakwaan yang mengaitkan perayu dalam kes penculikan itu,”kata hakim itu.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd. Rashid manakala perayu diwakili peguam K.A Ramu.

Sejurus selepas hukuman itu dijatuhkan, Kamaruzaman yang berada dalam kandang tertuduh, kemudian memohon supaya ditempatkan dipenjara Kluang, Johor memandangkan keluarganya menetap di Simpang Renggam. – K! ONLINE.

POPULAR