fbpx

Verstappen gelar Hamilton ‘bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN (kiri) menyelar tindakan Hamilton sebagai ‘bodoh’ pada sesi latihan menjelang GP Amerika Syarikat di litar Circuit of The Americas di Austin, Texas semalam. – AGENSI

AUSTIN – Ketegangan perebutan gelaran dunia Formula Satu (F1) semakin hangat selepas Max Verstappen dilihat gagal menahan tekanan itu sambil menyelar tindakan seteru utamanya, Lewis Hamilton sebagai bodoh.

Pada sesi latihan kedua di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, Verstappen dilihat cuba mengambil selekoh, namun Hamilton terus agresif memintas di hadapannya yang dianggap satu tindakan berbahaya.

Bagaimanapun, pasukan Red Bull kembali menenangkan pelumbanya itu supaya tidak meng­endahkan tindakan agresif oleh Hamilton pada sesi latihan tersebut.

“Apalah si bodoh!” kata Verstappen dalam perbualan radio bersama pasukan sejurus tindakan agresif Hamilton dalam sa­ingan itu.

Pada sesi latihan tersebut, kedua-dua pemandu Mercedes tampil cemerlang apabila mencatat masa terpantas sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Red Bull untuk memburu kemenangan pada GP Amerika Syarikat hari ini.

Verstappen mengakui terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kru pasukannya menjelang perlumbaan sebenar nanti.

“Secara keseluruhannya tidak mudah kerana keadaan litar yang tidak rata memberi kesukaran untuk mengawal jentera dengan baik. Tetapi ada beberapa perkara positif kami peroleh pada hari ini.

“Saya yakin pasukan akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mencari penamat sempurna esok,” kata Verstappen yang kini mendahului Hamilton dengan enam mata dalam perebutan gelaran kejuaraan ketika saingan hanya berbaki enam perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI