IPOH-Pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insiden 20 pemain dan empat pegawai pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) sah dijangkiti Covid-19 perlu dijadikan ikhtibar kepada mereka yang terlibat dalam sektor sukan.
“Saya berasa dukacita dengan apa yang berlaku kepada NSFC.
“Ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku dan perlu perketatkan lagi SOP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Senamrobik Perdana Trofi Peja 2021 di Padang Bola Sepak Lintau, Manjoi di sini hari ini.
Menurut Ahmad Faizal, kerajaan telah menggariskan SOP yang ketat dan adalah penting mereka yang terlibat dalam industri sukan memahami apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi mengelak penularan Covid-19. -K! ONLINE