fbpx

So-mi lahir ‘anak’ sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SO-MI

MINGGU lalu, The Black Label iaitu agensi kepada penyanyi So-mi telah mengumumkan bahawa artis naungannya itu akan kembali dengan sebuah album studio sulungnya bulan ini.

So-mi juga menerusi laman sosialnya turut mengumumkan bakal melancarkan album penuhnya itu pada 29 Oktober depan, dimulakan dengan single XOXO tepat pukul 5 petang waktu Korea Selatan.

“Anda semua sudah bersedia untuk ini? Maksud saya untuk XOXO.

“Jangan lupa nantikan 29 Oktober ini. Ini hadiah paling bermakna buat anda semua atas sokongan selama ini,” tulisnya dalam Instagram dan Twitter sambil memuat naik teaser lagu tersebut.

Rata-rata peminat tidak sabar menunggu pelancaran album tersebut yang disifatkan sebagai ‘anak sulung’ So-mi.

Terdahulu, So-mi atau nama sebenarnya Jeon So-mi terakhir kali muncul dengan buah tangan baharu pada Ogos lalu dengan single hit berjudul Dumb Dumb.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI