fbpx

‘Normalisasikan rogol demi rating’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APA salah sekiranya sebelum berkata-kata kita gunakan akal. Bukan selepas berlaku kerosakan terhegeh-hegeh mahu minta maaf.

Perkara ini seperti sudah menjadi norma baharu. Buat salah minta maaf dan berulang. Bukan mahu menidakkan permohonan maaf dan kekhilafan, namun sebelum bertindak perlu ada imbalan baik buruk kesannya.

Bahasa menunjukkan bangsa. Lemahnya moral bangsa kita apabila perkara seperti rogol seolah-olah dinormalisasikan. Apa tiada topik lain boleh disembangkan secara ‘santai’.

Memalukan apabila nama kamu baik-baik berbin kepada nama elok-elok, beragama Islam serta mempunyai kelompok pengikut yang ramai dalam karier.

Lebih-lebih lagi di medium seperti program TV arus perdana. Dunia semakin maju ke depan tetapi ‘gerabak’ moral kita semakin lapuk terkebelakang. Content perlu ‘menarik’ demi mengejar rating.

Biar orang berdebat hangat, publisiti negatif pun boleh naikkan jualan produk. Ini pemikiran pihak tertentu dalam melariskan jualan mereka.

Penulis pun faham perkara itu sudah lama tetapi ‘disensasikan’ kembali di Twitter. Jadi tidak pelik jika predator seksual diagung-agungkan di ‘mahkamah media sosial’.

‘Perbicaraan’ di media sosial membuatkan mangsa bimbang untuk melaporkan kejadian menimpa mereka. Mangsa takut untuk mendapatkan keadilan.

Penulis tabik kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg yang berani berkongsi pengalaman membabitkan jurulatihnya berkaitan isu lawak lucah.

Apa yang menjadi persoalan ialah dilema beliau ‘dibuli’ jurulatih berkenaan kerana melemparkan teguran. Malang sekali, apabila predator sebegini ada back up besar daripada ketua jurulatih.

Tidak perlu menyertai gerakan feminis dunia pun, cukup sekadar kita kembali kepada fitrah Islam.

Ini tidak, lebih takutkan vaksin kerana dikaitkan teori konspirasi musuh Islam, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengkhabarkan fitnah akhir zaman ini sebenarnya datang dari umat Islam sendiri.

Perlu kita tanya diri sendiri kemusnahan, keruntuhan akidah dan isu moral hari ini bermula dari mana? Jika bukan tangan kita sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kalian beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya atau di petang hari seorang lelaki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya.

Dia menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia.” (Riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.