fbpx

Gurauan Diana, Farid Kamil mirip aktor Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIEL berseloroh mengatakan Farid Kamil kini berlakon drama Korea tanpa memaklumkan kepadanya.

WAJAH aktor Farid Kamil mirip pelakon Korea? Frasa tersebut yang timbul selepas isterinya yang juga aktres Diana Danielle bergurau suaminya kini jadi pelakon sebuah drama Korea bertajuk Yumi’s Cells.

Wajah pelakon drama yang dikatakan mirip Farid ialah Ahn Bo-hyun.

Gurauan tersebut tercetus selepas Diana memuat naik tangkap layar wajah Bo-hyun dalam InstaStory dan menyatakan Farid merahsiakan dia kini dah jadi pelakon Korea.

“Kenapa tak bagi tahu saya yang awak sudah berlakon drama Korea?

“Tak sangka dia merahsiakan hal ini daripada saya?” guraunya dalam InstaStory baru-baru ini.

Menjengah dalam Twitter, terdapat juga netizen yang sependapat dengan Diana.

“Patutlah muka Bo-hyun macam selalu dilihat, rupa-rupanya iras Farid,” ciap seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI