fbpx

Elly Mazlein selamat lahirkan anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar foto yang dikongsi Elly memaparkan suaminya, Mohamad Azlan bersama bayi lelaki mereka, Haider.

PETALING JAYA – Selebriti versatil Elly Mazlein selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada 12.23 pagi tadi.

Kongsinya, kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan itu melengkapkan lagi keluarga kecilnya selepas ini.

“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.

“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah,” katanya dalam sebuah entri Instagram hari ini.

Bercerita lanjut, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu bersyukur proses kelahiran Haider berjalan dengan lancar.

“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.

“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN