fbpx

Pertembungan heavyweight United, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buat panduan rakan-rakan yang beraksi dalam Liga Fantasy Premier League, mungkin memberi ilham.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

PERLAWANAN antara dua musuh tradisi, Manchester United menentang Liverpool pada Ahad ini menjadi tumpuan semua peminat bola sepak terutama pemain-pemain Fantasy Premier League (FPL) pada saingan minggu kesembilan ini.

Aksi antara pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea bertemu kelab tercorot, Norwich City juga ditunggu-tunggu kerana ia boleh menjanjikan banyak mata kepada semua pengurus pasukan FPL.

Justeru, Kosmo! berkongsi tips berguna buat para pengurus FPL dalam usaha mengumpul banyak mata sebelum saingan membuka tirai menerusi perlawanan antara Arsenal dan Aston Villa awal pagi esok.

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £99 juta

PENJAGA GOL
EDOUARD Mendy merupakan penjaga gol paling cemerlang ketika ini lantas menjadikan dia sebagai pilihan utama pasukan. Dia dijangka sekali lagi mampu mengekalkan clean sheet minggu ini.

PERTAHANAN
BEN Chilwell terus menjadi pertaruhan buat Chelsea yang bakal melayan kunjungan Norwich di laman sendiri selepas meledak satu gol minggu lalu. Joao Cancelo dan Tino Livramento adalah dua lagi pilihan Kosmo! minggu ini.

TENGAH
TIDAK dapat disangkal lagi Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia ketika ini. Nama Salah wajib ada dalam pasukan anda berdasarkan kecemerlangannya meledak gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut.

PENYERANG
GABRIEL Jesus dijangka kembali tersenarai dalam kesebelasan utama Manchester City selepas tidak beraksi disebabkan tugasan antarabangsa dengan Brazil minggu lepas. Alternatif lain ialah Hwang Hee-chan kerana harganya yang rendah.

KAPTEN
ROMELU Lukaku diberi tanggungjawab sebagai kapten minggu ini walaupun kemarau gol dalam empat perlawanan berturut-turut. Dia boleh menamatkan penantian itu kerana bertemu Norwich yang sudah melepaskan 16 gol musim ini.

KESEBELASAN UTAMA

Penjaga gol
Edouard Mendy (Chelsea) £6.1

Pertahanan
Tino Livramento (Southampton) £4.3
Ben Chilwell (Chelsea) £5.7
Joao Cancelo (Man. City) £6.3

Tengah
Mohamed Salah (Liverpool) £12.7
Bernardo Silva (Man. City) £7.0
Raphinha (Leeds) £6.6
Conor Gallagher (Arsenal) £5.7

Penyerang
Romelu Lukaku (Chelsea) £11.7
Gabriel Jesus (Man. City) £8.6
Hwang Hee-chan (Wolves) £5.6

Simpanan
Ben Foster (Watford) £4.0
Abdoulaye Doucoure (Everton) £5.7
Joel Matip (Liverpool) £5.0
Javier Manquillo (Newcastle) £4.0

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

ARSENAL lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

CHELSEA Lwn NORWICH
Siaran langsung Astro 813, 7.30 mlm

C. PALACE lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

EVERTON lwn WATFORD
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

LEEDS lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

SOUTHAMPTON lwn BURNLEY
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

AHAD

BRIGHTON lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 811, 12.30 tgh pagi

BRENTFORD lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 812, 9 mlm

WEST HAM lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 811, 9 mlm

MAN. UNITED lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI