fbpx
Adham

MOSTI peruntuk RM52.78 juta biayai 70 syarikat kembangkan inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM52.78 juta untuk membiayai 70 syarikat bagi mengembangkan inovasi melalui rakan pembiayaan utama iaitu Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) merupakan suatu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menurutnya, 69 syarikat yang lain juga turut mendapat sokongan teknikal, pengawal seliaan, sokongan tapak pengujian atau dirujuk kepada organisasi pemberian dana yang mempunyai kerjasama strategik dengan NTIS.

“NTIS adalah antara instrumen utama yang dikenal pasti MOSTI untuk merealisasikan matlamat Pemecutan Penerapan Teknologi dan Inovasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

“Enam sasaran telah ditetapkan termasuk pengkomersialan 500 produk dan penyelesaian melalui NTIS dan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) menjelang 2025,” katanya ketika melancarkan Laporan Satu Tahun 2020–2021 serta laman sesawang NTIS hari ini.

Adham berkata, NTIS telah menerima sebanyak lebih 500 permohonan lengkap daripada pelbagai jenis syarikat Malaysia yang berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan, sokongan teknikal serta pengkomersialan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 139 syarikat berjaya diserap ke dalam program NTIS antara Ogos 2020 dan Julai 2021.

“Objektif utama NTIS adalah untuk memangkin pembangunan syarikat pemula teknologi melalui pembangunan produk serta penyelesaian yang inovatif, penerapan teknologi tinggi.

“Selain itu, ia juga berperanan sebagai, sokongan pengkomersialan dan bantuan dana pertumbuhan sebagai persediaan memasuki pasaran yang lebih besar dan berdaya saing,” jelasnya. – K! ONLINE

POPULAR