fbpx
Gambar yang dikongsi Ebit Lew di Switzerland bersama bidadarinya.

Jangan panggil ‘bidadari’ malam Jumaat sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bagi yang berkemampuan seperti apa yang dilakukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew terhadap isterinya ke luar negara, itu sifat yang boleh dipuji.

Dengan panggilan ‘bidadari’, itu mungkin merupakan cara Ebit untuk menambat hati isteri dan keluarganya.

Namun, bagi yang tidak berkemampuan, mungkin cara atau pendekatan lain boleh dilakukan antaranya hadiahkan apa yang patut serta dibawa berjalan di kawasan berdekatan.

Rata-rata orang ramai memuji cara yang dilakukan oleh pendakwah itu, ramai juga yang menjadikan cara itu sebagai pemangkin bagi setiap pasangan.

Bukan itu sahaja, cara yang dibawa oleh Ebit dengan membawa bidadarinya itu ke Switzerland boleh dijadikan contoh sekiranya seseorang individu itu mampu.

“Bagus cara Ebit Lew, bawa berjalan ke Switzerland panggil bidadari lagi. Kita ni tak mampu buat la cara lain, bawa pergi isteri ke Ulu Yam pun dah ok.

“Ini tak, ada la suami yang panggil bini bidadari, tapi itu pun malam Jumaat je, ” jelas Bob Mira.

“Bagus ustaz Ebit, boleh jadikan contoh untuk diri aku sendiri. Memang kalau mampu aku nak bawa isteri aku berjalan.

“Nampak bahagia je pasangan ini. Harap semua pasangan di dunia ni bahagia sepanjang hayat hendaknya,” kata Saifullah Mat Nawi. – K! ONLINE.

POPULAR