fbpx
Anggota polis mengeluarkan kompaun ketika serbuan di pusat hiburan terbabit malam tadi.

56 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM320,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 56 orang pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu negara dikompaun RM320,000 malam tadi selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pengunjung yang terdiri daripada 36 lelaki dan 20 wanita itu dikenakan kompaun ketika serbuan dilakukan oleh
sepasukan polis daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua JPJKK IPK Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, serbuan ke premis berkenaan dilakukan oleh 21 pegawai dan anggota.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PNN) Fasa 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Berikutan itu, kita telah mengeluarkan kompaun terhadap 56 orang pengunjung yang terdiri daripada 36 lelaki dan 20 wanita yang berada di pusat hiburan itu dengan nilai kompaun RM320,000.

“Manakala pemilik premis turut dikompaun RM25,000 oleh pasukan kita kerana melanggar SOP,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 23 orang pengunjung telah disaring ujian air kencing dan hasil keputusan mendapati kesemuanya adalah negatif.

Katanya, operasi sedemikian akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE

POPULAR