fbpx

Universiti Meritus tawar biasiswa untuk program asasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Universiti Meritus  yang dimiliki Kumpulan Halim Mazmin,  menawarkan biasiswa untuk program asasi dalam bidang Pengurusan Perniagaan di universiti tersebut.

Biasiswa Kumpulan Halim Mazmin menawarkan sehingga RM16,000 bagi mereka yang layak mengikuti program asasi  berkenaan.

Pengerusi Universiti Meritus Tan Sri Dr. Halim Mohamad berkata, biasiswa yang ditawarkan itu masih dibuka untuk pengambilan November  dan Disember tahun ini.

Menurut beliau, terma dan syarat untuk biasiswa termasuk minimum lima kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau minimum Gred B dalam tiga mata pelajaran bagi Unified Examination Certificate (UEC) atau minimum Gred C dalam lima mata pelajaran bagi Ordinary Level (O-Level).

Pemohon yang berjaya akan diminta untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dengan Universiti Meritus iaitu program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan), dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

“Biasiswa ini akan dapat membantu pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukannya untuk melanjutkan pelajaran mereka,” katanya dalam kenyataan.

Universiti Meritus yang ditubuhkan pada bulan Februari 2016, bertekad untuk menghasilkan graduan yang seimbang dari segi intelek, rohani, fizikal, dan emosi terutamanya yang mampu memenuhi tuntutan majikan masa kini.

Gambar hiasan

Sebagai universiti khusus, pendekatannya yang unik terhadap pendidikan adalah untuk menawarkan gabungan praktikal dan berkesan daripada aspek pembelajaran tradisional, moden serta pengalaman untuk memastikan kejayaan.

Pada masa ini, universiti tersebut menawarkan program-program asasi dalam Pengurusan Perniagaan, Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

Universiti ini juga menawarkan program sarjana iaitu Sarjana Sains dalam Perkapalan, Perdagangan, dan Kewangan, Sarjana Sains dalam Pengurusan Kekayaan, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dalam Perniagaan Maritim.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI