fbpx

[VIDEO] Jenazah Mohd Diya selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenzah Mohd Diya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, di sini, sebentar tadi.

MELAKA – Jenazah Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat di sini semalam, selamat dikebumikan di Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, di sini, sebentar tadi.

Berita berkaitan: Anggota bomba lemas disahkan meninggal dunia

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 11.20 pagi selepas disembahyangkan di Masjid An-Nur Kampung Krubong dan majlis pengebumian selesai pada pukul 11.50 pagi.

Berita berkaitan: [VIDEO] Bomba nyaris lemas bantu mangsa banjir

Urusan pengebumian jenazah Allahyarham dilaksanakan dengan istiadat bomba dengan dihadiri kira-kira 200 anggota serta penduduk kampung memberi pernghormatan terakhir.

Allahyarham Mohd. Diya, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI