fbpx

Belanjawan 2022: KPWKM harap lebih banyak inisiatif bantu wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina hadir pada majlis pelancaran Wanita Bangkit Berniaga di Kota Damansara, di sini hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap lebih banyak inisiatif yang diberikan khusus kepada wanita semasa pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober nanti.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, inisiatif yang diberikan juga diharapkan akan diperluaskan meliputi pelbagai aspek seperti ekonomi, kesejahteraan keluarga dan pendidikan.

“Saya berharap untuk Belanjawan 2022 ini, akan banyak inisiatif-inisiatif yang diberikan khusus kepada wanita bukan sahaja dari segi pembuat dasar tetapi, kita juga mahukan banyak lagi insiatif untuk membantu wanita dari segi ekonomi, kesejahteraan keluarga dan pendidikan anak-anak.

“Kita mahu inisiatif-inisiatif itu dapat menyokong wanita sebagai tonggak kepada keluarga sekali gus dapat melahirkan keluarga yang lebih sejahtera,” katanya ketika sidang akhbar majlis pelancaran Wanita Bangkit Berniaga di Kota Damansara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, inisiatif Wanita Bangkit turut diperkenalkan khusus bagi wanita yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah memberi impak kepada kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek terutamanya penjanaan pendapatan.

“Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM ini memberi fokus kepada aktiviti penjanaan pendapatan melalui kedua-dua sektor formal dan informal.

“Program ini akan membantu wanita mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup dan bangkit untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,” ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan turut melibatkan beberapa agensi dan syarikat seperti RichWorks International Sdn. Bhd., Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI