fbpx

Air pasang, hujan lebat punca banjir kilat di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Myvi terlekat dalam banjir di sekitar Jalan Mohd. Yamin, Klang semalam.

KLANG – Banjir kilat yang melanda di tiga kawasan sekitar ini terutama di Jalan Mohd. Yamin adalah disebabkan fenomena air pasang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Elya Marini Darmin berkata, keadaan itu turut disebabkan hujan berterusan seterusnya menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

“Ini menyebabkan kita telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hamzah, Pelabuhan Klang.

“Atas prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 ketika ini, semua mangsa banjir ditempatkan di kelas yang terdapat di dalam sekolah terbabit,” katanya ketika pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas punca berlakunya banjir di sekitar daerah ini semalam.

Justeru itu, Elya meminta penduduk daerah tersebut menghubungi Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) MPK bagi mendapat bantuan segera.

Kosmo! semalam melaporkan tiga kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat termasuk 16 buah rumah di Jalan Mohd. Yamin yang digenangi air setinggi 1.8 meter.

Seramai 31 mangsa dari perumahan di Jalan Mohd. Yamin dipindahkan di PPS SMK Dato Hamzah ekoran banjir kilat itu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI