fbpx

Agrobank berjaya tetapkan Sukuk Wakalah RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agrobank telah berjaya menetapkan program Sukuk Wakalah berjumlah RM500 juta berdasarkan prinsip Islam Wakalah Bi Al-Istithmar.

Sambutan luar biasa turut diterima daripada pelabur menerusi terbitan sulung Program Sukuk Wakalah berjumlah RM1 bilion selepas mengemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada bulan Ogos yang lalu.

Penanggung Tugas Presi­den dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pihaknya berbangga kerana berjaya melancarkan Sukuk Wakalah sulung Agrobank berjumlah RM500 juta pada 18 Oktober lalu.

Ia adalah usaha pihak bank selepas memuktamadkan pro­ses penetapan harga yang menandakan kepentingan pasaran modal sukuk Malaysia.

“Kejayaan menjadi sebaha­gian daripada instrumen inovatif ini adalah suatu kelebihan buat Agrobank yang mana kami percaya ia akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab kewangan Islam global dalam menerajui pasaran modal Islam global.

“Permintaan yang tinggi di pasaran bagi instrumen ini membuktikan keyakinan para pelabur terhadap kredit, operasi dan aktiviti perniagaan Agrobank.

“Terbitan sukuk ini juga akan membolehkan industri menjana keuntungan menerusi pengurusan kos yang efektif dan sekali gus menyediakan penyelesaian peningkatan modal yang dapat mengelakkan kecairan dan penurunan kos modal,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Khadijah menjelaskan, hasil daripada penerbitan Sukuk Wakalah ini akan digunakan untuk keperluan perniagaan am dan modal kerja patuh syariah.

Agrobank telah memberikan tawaran dwi-bahagian ke pasaran dengan sukuk lima dan tujuh tahun masing-masing dengan 51 bps dan 49 bps.

Tambah beliau, walaupun kini berdepan dengan persekitaran pasaran yang mencabar, penetapan harga tersebut telah ditutup pada tahap yang sangat kompetitif iaitu 3.63 peratus p.a bagi sukuk lima tahun dan 3.9 peratus p.a bagi sukuk tujuh tahun.

Penerbitan sukuk sulung ini menyaksikan permintaan yang tinggi daripada pelabur yang terdiri daripada agensi kerajaan, institusi kewangan, syarikat pengurusan aset dan syarikat insurans yang menyebabkan tawaran jumlah langganan yang berlebihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI