fbpx

Selit 398.28 kg syabu celah guni biji kopi dalam kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah disyaki syabu yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup 398.28 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM14.33 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain berkata, kejayaan itu hasil perkongsian maklumat dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) yang memaklumkan ada pergerakan kontena dari Guatamala yang disyaki membawa dadah berkenaan.

Menurutnya, PDRM dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengesan kontena itu berada di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah dekat sini pada 16 Oktober lalu.

“Dengan pemeriksaan dilakukan dengan mengunakan peralatan khas imbasan imej, kita dapati ada perbezaan terhadap barangan di dalam kontena terbabit.

“Apabila kontena ini dibuka, kita dapati daripada 100 guni yang isytiharkan sebagai biji kopi yang sepatutnya dihantar ke Filipina, dicelah karung guni itu terdapat 14 bungkusan dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mengulas lanjut, hasil maklumat awal mendapati sindiket dadah antarabngsa itu disyaki menjadikan negara ini sebagai lokasi transit sebelum dihantar ke negara ketiga.

Katanya, PDRM bekerjasama dengan polis antarabangsa sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan dalang sindiket berkenaan.

Jelasnya, Razarudin berkata, hasil rampasan dadah itu dipercayai dapat digunakan kepada 1.99 juta penagih.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI