fbpx
KUMPULAN MIRAE

MIRAE ada sejuta pengikut TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN baru memulakan debut pada tahun ini, kumpulan MIRAE pantas mencipta populariti apabila berjaya menarik ramai peminat dalam masa singkat.

Buktinya, kumpulan dianggotai tujuh lelaki kacak itu kini mencatat jumlah pengikut lebih sejuta dalam platform TikTok.

Rekod tersebut dicatat oleh MIRAE pada 16 Oktober lalu selepas mula membuka akaun TikTok rasmi mereka sejak Mac lalu, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama yang memulakan debut pada tahun yang meraih jumlah pengikut seramai sejuta orang dalam platform berkenaan.

Tinjauan mendapati, perkongsian TikTok MIRAE sering memuat naik video-video latihan tarian.

Video paling terkini yang dimuat naik mereka baru-baru ini mencatat lebih lapan juta tontonan.

MIRAE ditubuhkan bawah agensi DSP Media memulakan debut mereka dalam industri dengan sebuah EP berjudul KILLA.

Kemudian pada Ogos lalu, mereka sekali lagi muncul dengan EP baharu berjudul Splash dan kini sedang sibuk mempromosikan trek Bang-Up.

POPULAR