fbpx

‘Jika dihebohkan, jin belaan akan lebih mengganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk di Kubang Kerian menyorok wang di dalam peti sejuk sebagai petua bagi mengelakkan dikebas toyol.

KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan misteri kehila­ngan wang milik penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini mempunyai kaitan dengan jin yang menyerupai toyol.

Mohamad Aziz Che Man, 51, dari Pusat Rawatan Islam Darul Suffah di sini berkata, sebelum ini penduduk Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong tidak mahu kejadian itu dihebohkan meskipun sudah lama berlaku.

Menurutnya, dia berasakan bahawa penduduk telah menge­tahui akan akibatnya jika menghebohkan perkara itu sehingga ada pihak yang mahu membantu.

“Jika dihebohkan, toyol itu akan lebih mengganas. Tuan empunya jin akan mengarahkan makhluk belaannya mencuri le­bih banyak duit penduduk.

“Sebab itu, ramai mangsa hanya mendiamkan diri meskipun mereka tahu perbuatan itu angkara siapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mohamad Aziz memberitahu, kejadian toyol mencuri duit penduduk pernah berlaku di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Beliau mendedahkan masih terdapat masyarakat pada zaman moden yang membela toyol untuk bekerja dan mencuri wang atau harta penduduk setempat.

“Sebagai umat Islam, harta atau wang yang disimpan seharusnya dilakukan bersama ikhtiar iaitu sekurang-kurangnya membaca bismillah agar setiap harta dapat dilindungi daripada diambil tangan-tangan jin.

“Mangsa boleh melakukan apa sahaja petua, namun paling pen­ting adalah kebergantungan kepada Allah SWT,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI