fbpx

Jenama Timah keliru, tembusi pasaran pengguna Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmi

SHAH ALAM – Jenama Timah untuk minuman keras sengaja dipilih untuk mengelirukan pengguna bahawa istilah Melayu mesra dengan arak.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, ini berikutan kemungkinan akan ada lagi jenama arak tempatan dikeluarkan menggunakan nama yang lazim dalam masyarakat Melayu sekiranya tiada penukaran pada jenama Timah itu.

“Kami berpendapat hanya dengan berusaha mendidik orang Islam menjauhi arak sahaja tidak memadai. Justeru, kami menuntut lesen arak jenama Timah dibatalkan.

“Industri arak sangat profesional kerana syarikat arak boleh berbelanja jutaan ringgit untuk memanipulasi minda masyarakat. Disebabkan itu, arak jenama baharu ini secara tiba-tiba menggunakan istilah Melayu supaya boleh menerobos pasaran pengguna Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain.

Penggunaan nama Timah menjadi kontroversi ekoran jenamanya dianggap berkaitan nama orang Melayu dan Islam iaitu ‘Fatimah’ namun syarikat terlibat mendakwa nama itu diambil sempena era perlombongan bijih timah semasa zaman British Malaya.

Tegas Mohd. Azmi, promosi arak dengan pelbagai strategi kreatif adalah bermatlamat untuk mempopularkan budaya minum arak dan mencetuskan tabiat kebergantungan dan ketagihan kepada arak.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak boleh membenarkan industri arak untuk menyemarak promosi arak dalam acara tahunan October Fest.

“Dilaporkan 45.8 peratus rakyat Malaysia peminum arak yang tegar berbanding 27 peratus di United Kingdom.

“Mapim menuntut pihak berkuasa melihat soal undang-undang yang mengawal industri arak,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI