fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan sembilan negeri tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan akan melanda negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sabah sehingga pukul 3 petang nanti.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah di Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat.

“Sementara di Negeri Sembilan, cuaca sama dijangka akan melanda Seremban dan Rembau. Selain itu, di seluruh Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka,” katanya di sini tadi.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat turut akan berlaku di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantal Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Menurut kenyataan itu lagi, hujan lebat berserta ribut petir juga diramalkan akan berlaku di Pahang (Pekan dan Rompin), di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Johor (Segamat, Mersing, Pontian, Kulal, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Cuaca sama juga akan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Tawau dan Sandakan (Kinabatangan). Cuaca berkenaan diramalkan akan berlaku sehingga 2 petang nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR