fbpx
BARCELONA perlu mencatat kemenangan bertemu Kyiv awal pagi esok untuk mengelak mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

Barcelona hadapi misi wajib menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Barcelona wajib menewaskan Dynamo Kyiv dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi esok bagi mengelak daripada mengalami krisis kewangan yang lebih me­runcing.

The Catalans merekodkan permulaan terburuk mereka dalam kempen Eropah musim ini apabila tewas kepada Bayern Munich dan Benfica pada dua perlawanan pertama.

Difahamkan, pengurusan ter­tinggi Barcelona meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini kerana dipercayai telah memasukkan wang kemenangan dalam bajet kewa­ngan pasukan.

Ia termasuk dana €9.6 juta (RM46.64 juta) ditawarkan kepada pasukan yang mara ke pusingan 16 terbaik dan tambahan €10.6 juta (RM51.50 juta) jika la­yak ke separuh akhir musim ini.

Gergasi Sepanyol itu perlu memastikan sasaran tercapai kerana skuad bimbingan Ronald Koeman tersebut bakal merekodkan kerugian sebanyak €17 juta (RM82.59 juta) jika jatuh ke kancah Liga Europa selepas ini.

Bagaimanapun, prestasi semasa Barcelona seakan-akan memperlihatkan kelab itu kini kembali ke landasan sebenar selepas bangkit mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Valencia pada aksi La Liga baru-baru ini.

Kepulangan semula bintang baharu No. 10 Barcelona iaitu Ansu Fati turut mengubah nasib mereka dalam aksi itu apabila meledak satu gol selain dua lagi jaringan diperoleh menerusi Memphis Depay dan Philippe Coutinho.

Berdasarkan rekod pertemuan lalu, Barcelona dijangka tiada masalah untuk mencatat tiga mata kerana mereka tidak pernah tewas sepanjang empat perlawanan terdahulu menentang Dynamo. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN