fbpx

Rakan kongsi UMNO belum dimuktamadkan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – UMNO masih belum memuktamadkan secara rasmi rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung pada 20 November depan.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan agar mana-mana penganalisis politik tidak membuat spekulasi mengenai pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN kali ini.

Jelas beliau, keputusan muktamad hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO serta Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan pada minggu hadapan atau sebelum tarikh penamaan calon.

“Pelbagai pihak telah tampil menyatakan hasrat dan UMNO sentiasa berfikiran terbuka. Kami (UMNO) berlapang dada dan sedia menerima pandangan daripada sesiapa sahaja.

“Namun, segala keputusan hanya akan diputuskan secara kolektif apabila tiba masanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera PRN UMNO peringkat negeri di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI