fbpx

BeDaie bantu 3,000 mualaf dalami ilmu agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar Mirza (kanan) selepas menandatangani MoU dengan Macma di Pejabat Macma Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seramai 3,000 orang saudara baharu atau mualaf di seluruh negara dipilih bagi mengikuti kelas pengajian agama secara dalam talian dan bersemuka menerusi Program BeDaie (1 Rumah 1 Daie) bagi meningkatkan pengetahuan dalam pengajian Islam.

Pengasas BeDaie, Amar Mirza Ab. Kadir Jailani berkata, projek perintis yang dijalankan di negeri ini untuk semua golongan mualaf merupakan usaha julung kali diadakan oleh pihaknya.

“Program itu memberi peluang kepada individu yang terpilih untuk mendalami ilmu agama dalam usaha untuk mendekatkan mereka dengan ajaran Islam.

“Disebabkan kes Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya, pengajian dijalankan secara dalam talian manakala ada peserta yang terlibat akan hadir ke kelas yang ditetapkan,” katanya.

BeDaie merupakan sebuah platform madsarsah digital (e-pondok) yang melibatkan kelas sirah, ibadah, fiqh dan al-Quran yang menyediakan modul khas untuk mualaf. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI