fbpx

Jangan belajar agama Islam guna AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut di Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM- Umat Islam dinasihatkan tidak menjadikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai wadah untuk mencari ilmu atau informasi tentang ajaran agama Islam yang sebenar.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof, bagi mendapatkan ilmu agama Islam yang sempurna ia perlu dipelajari secara berguru dengan guru yang mursyid.

“Dalam komputer (dunia maya) kita boleh bertanya apa sahaja soalan secara lisan malahan secara bertulis. AI adalah berdasarkan data raya, apa yang kita bimbangkan data raya tersebut tidak dimasukkan ajaran-ajaran Islam kita.

“Saya bimbang apabila carian dilakukan seseorang mungkin akan mendapat (keputusan carian) berkaitan ajaran agama Islam kita yang begitu praktikal dan lari daripada ajaran Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Penyelidikan MAIS dan Majlis Perasmian Penutup Simposium Kajian Islam Semasa Peringkat Negeri Selangor 2023 di Hotel Acapella di sini hari ini.

Abdul Aziz menegaskan apa yang lebih membimbangkannya, AI boleh memberi penerangan di dalam Bahasa Malaysia dan boleh digunakan secara meluas oleh rakyat negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI