fbpx

Sapu minyak pada bot elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin memeriksa sebahagian empat tan ikan yang dirampas daripada dua bot nelayan Vietnam.

KUALA TERENGGANU – Taktik dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara kelmarin menyapu minyak hitam bagi melicinkan permukaan bot tersebut gagal mengelak daripada ditahan Maritim Malaysia (APMM).

Kedua-dua bot nelayan asing itu ditahan pada kedudukan 60 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu, antara pukul 4 hingga 5 petang.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, sebelum itu, kapal peronda KM Gemia yang sedang melakukan rondaan pemantauan di perairan berkenaan telah terserempak dengan kedua-dua bot dalam keadaan mencurigakan.

“Kedua-dua bot itu yang dipercayai sudah sebulan menceroboh perairan negara telah menggunakan modus operandi sama iaitu menyamar sebagai bot tempatan.

“Mereka juga menyimbah minyak hitam pada permukaan bot masing-masing bagi menyukarkan anggota penguat kuasa APMM memasukinya bagi melakukan serbuan dan pemeriksaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Ariffin berkata, seramai 18 nelayan warga Vietnam berusia 17 hingga 55 tahun yang merupakan kru kedua-dua bot berkenaan berjaya ditahan.

Tambah beliau, pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen penjalanan dan permit kerja yang sah.

“Sebanyak empat tan hasul laut, 2,500 liter minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan dua bot bernilai keseluruhan kira-kira RM3 juta turut dirampas,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI