fbpx

Sekolah cadang haramkan pemakaian skirt 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah rendah di Cornwall mencadangkan pengharaman skirt pendek - GETTY IMAGES

LONDON – Pelajar sebuah sekolah rendah di Cornwall, barat daya England akan dilarang daripada memakai skirt pendek menjelang September ini, lapor akhbar Metro UK.

Guru Besar, Craig Hayes berkata, perubahan yang dicadangkan dalam dasar uniform sekolah termasuk larangan berkenaan.

“Sebaliknya, kami mencadangkan semua murid perlu memakai sama ada seluar sekolah hitam yang disesuaikan atau seluar pendek sekolah hitam yang bersesuaian,” katanya ketika menulis surat kepada ibu bapa.

Tambah beliau, sesetengah skirt dilihat terlalu pendek, manakala panjangnya sukar untuk dibetulkan atau dipantau.

“Oleh itu, kami sedang menyemak (cadangan) pemakaian skirt pada September ini dan mempertimbangkan untuk beralih kepada seluar bagi semua pelajar,” katanya.

Cadangan tersebut bagaimanapun mendapat bantahan kuat daripada ibu bapa yang menyifatkan pengharaman itu sesuatu yang tidak masuk akal.

Namun pihak sekolah berkata, ia akan membuat keputusan muktamad berkaitan isu berkenaan selepas bulan ini.

Sebelum ini, Kolej Launceston di Cornwall merancang untuk mengharamkan pemakaian skirt pada Mac lalu tetapi terpaksa dibatalkan berikutan mendapat bantahan yang kuat daripada ibu bapa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI