fbpx
Gambar hiasan

Sah PRN di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan pada 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRN negeri terpaksa diadakan selepas SPR menerima
pemakluman rasmi daripada Speaker berhubung pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.

Sehubungan itu menurutnya, SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 8 November manakala hari mengundi awal 16 November ini.

Beliau berkata, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November sehingga pukul 11.59 malam pada 19 November.

Katanya, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Tambahan yang
telah dikemaskini sehingga 3 Oktober lalu.

Daftar tersebut jelas beliau, mengandungi 495,196 orang terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan, 2,349 anggota polis serta 106 pengundi tidak hadir luar negara.

“Bagi urusan permohonan pengundi pos di luar dan dalam negara bermula 20 Oktober ini. Bagi pengundi luar negara dan sembilan agensi sektor keselamatan tarikh tutup mengundi pada 1 November.

“Bagi petugas media, pilihan raya, pegawai SPR, polis dan anggota tentera pula tarikh tutup mengundi
pada 3 November,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, permohonan pengundi pos akan dilaksanakan secara dalam talian dan bukannya seperti sebelum ini.

Tegasnya, setiap pemohon perlu mendaftarkan akaun MySPR daftar terlebih dahulu sebelum memohon sebagai pengundi pos. Permohonan untuk mengundi pos boleh dilakukan melalui MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my.-K! ONLINE

POPULAR