fbpx

Pelepasan GHG dijangka meningkat seiring pertambahan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim.

PUTRAJAYA – Pembangunan di bandar adalah faktor, penyumbang utama pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan dijangkakan peningkatan kadar selari dengan pertambahan penduduk susulan komposisi GHG yang disumbangkan mencecah 70 peratus daripada pelepasan GHG dunia.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi menangani cabaran itu, perbincangan di Pavilion Malaysia akan memberi tumpuan kepada tema Bandar Rendah Karbon pada minggu kelima iaitu dari 31 Oktober hingga 6 November depan.

Beliau berkata, Malaysia telah menyatakan komitmen yang jelas melalui Nationally Determined Contributions (NDC), Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

“Malaysia mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan GHG rentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2030 berbanding tahun 2005 yang mengariskan pengurangan ini dibuat tanpa syarat dan 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini.

Seluruh dunia akan berhadapan dengan cuaca yang lebih ekstrem seperti gelombang panas, banjir, kebakaran hutan dan ribut taufan maka Malaysia yang hanya sebuah negara kecil, tetapi kita berjiwa besar dan komited menangani cabaran pemanasan global dengan solusi nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Minggu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Ekspo 2020 Dubai hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, Laporan Kumpulan Kerja Pertama Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) pada 9 Ogos lalu menyatakan bahawa fenomena pemanasan global telah menyumbang kepada peningkatan suhu purata global kepada 1.1 darjah celcius berbanding era pra-perindustrian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI