fbpx
Lelaki tersebut (kiri) dijauhi orang ramai dan hanya makan seorang diri di kafe kerana memiliki bau badan yang kuat. - TikTok

Netizen sedih lihat lelaki dijauhi kerana bau badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang makan seorang diri di dalam sebuah kafe menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Menurut keterangan dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @danugese itu, orang ramai dipercayai menjauhkan diri daripada lelaki tersebut kerana mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan.

“Sedih kerana dia dijauhi akibat bau badan,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video tersebut.

Menurut perakam video itu, lelaki tersebut dijauhi oleh pelanggan dan pekerja kafe itu kerana bau badannya yang mengganggu orang ramai.

Malah, orang ramai dalam video itu dilihat menutup hidung mereka biarpun berdiri pada jarak yang agak jauh daripada lelaki tersebut.

Ternyata, lelaki itu sebenarnya menyedari kelakuan orang di sekelilingnya memandangkan dapat dilihat ekspresi wajahnya yang kelihatan sedih dengan mata yang berkaca.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Kasihan melihat dia, matanya berkaca-kaca,” tulis seorang netizen.

“Bagaimana mahu memaklumkan tentang bau badan itu tanpa menyakiti hatinya?” tulis seorang netizen lain. – AGENSI 

POPULAR