fbpx

Balai Polis Gopeng dilengkapi pintu pagar elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cally bersama Ketua Balai Polis Gopeng, Inspektor Ashok Kumar semasa meninjau pintu pagar elektrik yang siap dipasang baru-baru ini.

GOPENG – Balai Polis Gopeng berwajah baharu apabila pintu pagar lamanya telah digantikan dengan pintu pagar berkuasa elektrik sumbangan MCA Bahagian Gopeng baru-baru ini.

Naib Pengerusi MCA Gopeng, Cally Ting berkata, kos penggantian pintu pagar tersebut sebanyak RM4,000 itu bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada warga polis.

Menurut beliau, sumbangan itu juga sebagai suntikan semangat kepada warga pasukan berkenaan selain menaikkan imej Balai Polis Gopeng.

“Sepertimana slogan polis dan masyarakat berpisah tiada, MCA Gopeng mengambil inisiatif menggantikan pintu pagar lama balai polis ini dengan pintu pagar berkuasa elektrik.

“Semoga dengan sumbangan ini boleh memberi kemudahan kepada warga Balai Polis Gopeng dan masyarakat setempat semasa berurusan di balai,” ujarnya.

Kerja-kerja penggantian dan pemasangan pintu pagar elektrik tersebut siap dalam masa seminggu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI