fbpx

Polis PD cari penunggang motosikal buat aksi zig-zag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi tujuh penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya tular di media sosial Facebook.

PORT DICKSON – Polis sedang mengesan tujuh individu yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, aksi kesemua penunggang itu telah dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam media sosial Facebook ‘N9 Info Trafik’.

“Video itu memaparkan aksi sekumpulan penunggang motorsikal seramai tujuh orang yang menunggang motorsikal dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig-zag yang dipercayai membahayakan diri sendiri dan pihak lain.

“Kejadian ini dipercayai berlaku pada Ahad antara pukul 2 hingga 3 petang di Lebuh Raya Seremban- Port Dickson antara Kilometer 14 hingga 16 arah Port Dickson ke Seremban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beeliau berkata, sehubungan itu pihak polis sedang mengesan kesemua penunggang motosikal bagi siasatan lanjut dan siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan merbahaya.

“Jika sabit kesalahan, pesalah akan dikenakan tindakan penjara tidak kurang lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15, 000 serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi lima tahun.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkan segala maklumat ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson atau hubungi talian 06-647 2222,” katanya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi lebih kurang satu minit tular di media sosial Facebook dengan memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara merbahaya melahirkan kebimbangan orang ramai dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI