fbpx

Memang saya guna 4 jin, jawab KJ kepada antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin diserang oleh antivaksin dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin bagi dirinya.

PETALING JAYA – Selepas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin, nampaknya beliau mula ‘diserang’ oleh kumpulan berkenaan.

Kelmarin, golongan antivaksin mula menyerang Khairy Jamaluddin dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin melindungi dirinya.

Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.

Tidak menunggu lama, Khairy Jamaluddin terus menjawab tohmahan itu melalui Instastory di media sosialnya hari ini.

“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis beliau.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.

“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI