fbpx

Tiga notis dikeluarkan atas kesalahan tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ ketika melakukan Op Pematuhan SOP Covid-19 di Melaka Sentral, di sini malam tadi.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memeriksa lebih 100 buah bas ekspres di Melaka Sentral susulan peningkatan jumlah perjalanan khususnya ke utara tanah air sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Mohamad Firdaus Shariff berkata, dalam tempoh empat hari Op Rentas itu dilaksanakan, sebanyak 107 buah bas telah diperiksa dan tiga notis dikeluarkan membabitkan kesalahan tayar.

“Kita dapat melihat peningkatan jumlah penumpang sekali ganda sejak kebenaran merentas negeri iaitu daripada anggaran 300 kini mencecah 700 penumpang setiap hari.

“Jadi, pihak kami sentiasa menjalankan pemeriksaan khususnya di Melaka Sentral ini untuk memastikan pengendali bas mematuhi segala aspek keselamatan jalan raya dan sejak 11 Oktober lalu tiga notis telah dikeluarkan atas kesalahan tayar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Op Pematuhan SOP Covid-19 di Melaka Sentral, di sini malam tadi.

Tambahnya, peningkatan itu melibatkan perjalanan ke utara tanah air termasuk bagi hentian di Butterworth, Pulau Pinang serta Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani dan Changlun di Kedah.

Mengulas lanjut mengenai Op Merah yang turut dilaksanakan di seluruh negara, beliau memberitahu, sehingga Khamis lalu sebanyak 183 notis telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal e-hailing. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI