fbpx

Sasar 8,000 graduan terima manfaat program Penjana KPT-CAP IPTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Penjana KPT-CAP IPTS di kampus Kolej UNITI Port Dickson, Tanjung Agas di sini yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook KPT malam tadi.

PORT DICKSON- Dijangka 8,000 graduan bakal menerima manfaat melalui program Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (KPT-CAP) Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, Penjana KPT-CAP IPTS merupakan satu lagi komitmen kementerian untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan graduan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Jelas Noraini, inisiatif program yang dirancang di bawah Penjana KPT-CAP IPTS merupakan manifestasi komitmen KPT dalam menzahirkan graduan yang komited, berkualiti, mampan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat.

“Daripada RM35 bilion yang diperuntukkan di bawah Penjana, KPT diamanahkan sebanyak RM50 juta untuk merealisasikan inisiatif Penjata KPT-CAP IPTS dengan sebanyak RM13.3 juta telah diluluskan setakat ini.

“Sebanyak 83 program telah disusun melibatkan sinergi daripada 16 buah IPTS dengan penglibatan seramai 2,559 orang graduan sehingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Penjana KPT-CAP IPTS di kampus Kolej UNITI Port Dickson, Tanjung Agas di sini yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook KPT malam tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa.

Antara IPTS yang terlibat dalam inisiatif Penjana KPT-CAP IPTS bagi fasa 1 dan 2 adalah Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Kolej Universiti Segi, City University, Kolej UNITI, Universiti Cyberjaya, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI