fbpx
Antara wanita warga asing yang dipercayai GRO yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Pusat mencuci kenderaan tawar GRO diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Taktik premis pusat hiburan yang menyajikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan berselindung di sebalik pusat mencuci kenderaan diserbu Jabatan Imigresen.

Kegiatan tidak bermoral itu dikatakan bermula dari pukul 4 petang sehingga 12 malam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam operasi itu, seramai 16 warga asing ditahan dalam serbuan di Kepong, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dijalankan ke atas dua lot premis rumah kedai dua tingkat yang mana pintu masuk utama tidak mempunyai papan tanda dan dibuka separuh untuk pelanggan tetap sahaja.

Satu lagi lot pula menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil pemantauan, premis tersebut dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi.

“Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan JIM menyerbu premis terbabit melibatkan kekuatan seramai 20 pegawai.

“Hasilnya seramai 16 wanita warga asing berusia 22 hingga 35 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Thailand.  -K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN