fbpx

Padah bawa barangan runcit seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan runcit yang dirampas selepas menahan sebuah lori di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, kelmarin. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki yang membawa pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM14,148 di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 21 tahun ditahan PGA pada pukul 7 malam selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori tersebut telah menjumpai kotak-kotak yang mengandungi pelbagai barangan runcit.

Menurutnya, pemandu lori itu juga gagal mengemukakan dokumen sah berhubung barangan tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM54,148.

“Kesemua rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal PGA, Rantau Panjang di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI