fbpx

Kerajaan tidak sekat siasatan Pandora Papers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat pendedahan yang terkandung dalam Pandora Papers.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika siasatan mendapati terdapat kes terhadap mana-mana pihak maka tindakan boleh diambil.

“Kita (kerajaan) terbuka dalam perkara itu dan terserah kepada pihak berkuasa kerana pihak berkuasa baca semua berita dikeluarkan.

“Kita tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa kepada sesiapa, tetapi perlulah ada bukti,” katanya kepada pemberita selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awan Seri Perak di Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pembangkang mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat pendedahan yang terkandung dalam Pandora Papers.

Pandora Paper didakwa menyatakan jumlah wang yang disimpan di luar negara mencecah ratusan bilion ringgit oleh ramai individu dari Malaysia.

Presiden Rusia, Vladimir Putin; Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein dan Ratu Elizabeth II turut dikaitkan dengan dokumen tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI