fbpx

Gempa bumi gegar Bali, 3 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai tentera dilihat bertugas di lokasi gempa di Bangli, Bali. - AFP

JAKARTA – Tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.

Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.

Dua individu terkorban selepas gempa bumi itu mengakibatkan tanah runtuh yang kemudiannya menimbus kediaman mereka di wilayah Bangli sementara seorang lagi mangsa terkorban di bandar pelabuhan Karangasem.

Pegawai rasmi bagaimanapun mengatakan bahawa angka kematian dijangka tidak akan meningkat. 

Pusat gempa itu terletak jauh dari kawasan pelancongan di Bali yang kini mula dibuka semula kepada pelancong asing selepas ditutup akibat pandemik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI