fbpx

Penilaian KAFA serentak bermula 15 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Proses Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) 2021 menggantikan peperiksaan subjek bertulis, akan dilaksanakan serentak bermula pada 15 November depan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh, penilaian berbentuk sepenuhnya itu bakal diadakan di seluruh negara sehingga 30 November.

“Ia akan berdasarkan Modul Penilaian KAFA (MPKAFA) yang terdiri daripada dua bahagian bagi ganti Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK),” kata beliau menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Makluman berkenaan sebagai merujuk pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad pada 23 September lalu berhubung status UPKK untuk tahun ini.

Mengulas lanjut, Abdul Jusoh berkata, Bahagian A meliputi kaedah penilaian secara lisan mengikut silibus Jakim dari Tahun 3 hingga 6 dengan markah diperuntukan ialah 75 peratus.

“Sementara Bahagian B merangkumi penilaian terhadap nilai sahsiah, hasil kerja, komitmen dan kehadiran calon ketika sesi atas talian dengan peruntukan markah 25 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI