fbpx

Siapa sebar CCTV Faisal Halim kena simbah asid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video rakaman CCTV memaparkan kejadian simbah asid membabitkan Faisal yang tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia kerana video tersebut merupakan bahan bukti kes yang masih dalam siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Menurut Hussein, kes disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat.

“Subseksyen (1) boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

“Subseksyen (2), barang siapa yang mempunyai maklumat pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggari subseksyen (1) kepada mana-mana pihak boleh dikenakan hukumannya yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata, kes turut disisat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

“Individu juga boleh dikenakan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesaahan itu diteruskan selepas pensabitan,” jelasnya.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Polis memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video sekali gus mengganggu siasata,” jelasnya.

Terdahulu, tular video rakaman CCTV di media sosial memaparkan kejadian simbah asid ke atas Faisal di sebuah pusat beli-belah, di sini yang berlaku 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, Hussein ketika dihubungi hari ini mengesahkan ketulenan video terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI