fbpx

Dikompaun RM67,500 akibat berhibur lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang dikenakan kompaun ketika serbuan polis ke premis tersebut awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP), seramai 45 orang individu yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja dikompaun RM67,500 ketika serbuan polis ke sebuah pusat hiburan di kawasan Sungai Way, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah telah membuat serbuan ke pusat hiburan berkenaan pukul 4 pagi.

“Serbuan dibuat berdasarkan maklumat bahawa premis tersebut telah beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

“Ketika serbuan kita dapati enam lelaki tempatan sedang bekerja sebagai pelayan,” ujarnya.

Menurutnya, lima wanita warganegara asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) pula sedang berhibur bersama pelanggan yang terdiri daripada 16 lelaki dan 18 wanita tempatan di dalam empat buah bilik karaoke yang berasingan.

“Kesemua pekerja dan pelanggan yang diperiksa di pusat hiburan itu adalah berumur lingkungan 19 hingga 70 tahun.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas pekerja dan pelanggan di premis tersebut, mendapati dua lelaki tempatan dan seorang wanita asing disahkan positif dadah jenis amphetamine, tetrahydrocannabinol dan ketamin,” ujarnya.

Jelas beliau, kesemua pekerja dan pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM67,500 iaitu sebanyak RM1,500 setiap seorang atas kesalahan di bawah peraturan 17 peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (no. 3) 2021 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak.

Katanya, seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus premis juga ditahan untuk tindakan lanjut kerana disyaki telah menggaji pekerja asing tanpa permit manakala lima wanita asing tersebut turut ditahan kerana disyaki telah bekerja tanpa permit yang sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI