fbpx

Digitalisasikan perniagaan PKS serendah RM1.30 sehari dengan Celcom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk terus bertahan mengharungi cabaran ketika pandemik Covid-19 berlaku, lebih-lebih lagi apabila anda bergelar usahawan.

Walaupun Malaysia dijangka akan beralih ke fasa endemik dengan lebih banyak industri dibuka, kesan akibat penutupan perniagaan untuk jangka masa yang lama tetap memberi impak negatif kepada pemilik perniagaan.

Malah, wabak Covid-19 ini juga banyak merubah landskap perniagaan yang kini tertumpu kepada dalam talian sekali gus memerlukan peniaga untuk mendigitalisasikan bisnes dengan pantas dan efisien supaya tidak ketinggalan.

Namun, kebanyakan peniaga bimbang dengan kos yang harus dikeluarkan untuk mengadaptasi terhadap perubahan drastik itu.

Digitalisasikan perniagaan serendah RM1.30 sehari

Memahami tekanan yang dirasakan, Celcom menawarkan perkhidmatan serendah RM1.30 sehari untuk peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tanpa mengira latar belakang industri dan saiz perniagaan.

Inisiatif ini amat memanfaatkan peniaga PKS yang ingin mendigitalisasikan perusahaan dengan mudah, tanpa memerlukan modal besar.

Demi memastikan kelangsungan perniagaan, peniaga PKS seharusnya bijak untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan mencari pelanggan baharu untuk produk atau perkhidmatan masing-masing.

Ini akan lebih mudah dilaksanakan apabila perniagaan sudah mula bertapak di dalam dunia digital yang sudah pasti memiliki capaian pelanggan sasaran lebih meluas.

Kebanyakan peniaga PKS masih enggan mencuba sesuatu yang baharu seperti pendigitalan perniagaan walaupun sebilangan besarnya beroperasi dengan sumber kapasiti maksimum. Justeru, Celcom ingin memberi pelbagai penyelesaian untuk memudahkan kerja, bukan membebankan.

Dengan Celcom juga, terdapat variasi plan dan tawaran untuk memaksimumkan simpanan sekali gus mengoptimumkan operasi perniagaan PKS. Malah, usahawan PKS fleksibel untuk memilih dan menyesuaikan perkhidmatan tambahan berdasarkan keperluan perniagaan.

Malah, untuk memudahkan lagi langkah pendigitalan perniagaan PKS, Celcom turut menawarkan pakej Business Suite secara percuma untuk 3 bulan pertama dengan penambahan penjimatan sebanyak 30 peratus melalui skim PENJANA. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini.

Forum Perniagaan PKS BH 2021 sasar bantu usahawan

Selari dengan matlamat untuk membantu usahawan PKS, Celcom dengan kerjasama BH dan REV Media Group melaksanakan Forum Perniagaan PKS BH 2021 yang berlangsung selama dua hari.

Antara topik yang bakal dibincangkan menerusi forum ini adalah untuk merungkai masalah dan isu usahawan PKS sekali gus untuk mencari solusi terbaik, membantu menaikkan semula PKS.

Forum ini bakal mengumpulkan ahli panel jemputan terkemuka dalam bidang PKS seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, Ketua Jualan dan Pengurusan Akaun Perniagaan Celcom Axiata Bhd, Iskandar Dzulkarnain Abd Razak, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Farizal Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Lebih menarik, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara, Muhd Firdaus Azharuddin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin, pengasas Terato Tech, Reza Razali dan pengasas Sugarbomb, Ahmad Azhari Rosli juga akan menyertai forum ini serta berkongsi kisah jatuh bangun mereka dalam perusahaan dibangunkan.

Terdapat lima sesi forum yang akan dilaksanakan dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman web mikro Forum Perniagaan PKS BH 2021. Jika anda berminat untuk menyaksikan dan berinteraksi dengan ahli panel semasa siaran langsung itu, anda boleh mendaftar di laman sesawang ini.

POPULAR