fbpx

Celcom, Digi dan U Mobile gagal penuhi piawaian perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Tiga syarikat telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar dan menambah baik kualiti perkhidmatan di beberapa kawasan yang dikenal pasti di Langkawi termasuk Langkawi Highway dan beberapa kawasan pelancongan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan Arahan Suruhanjaya selepas menilai maklum balas tiga syarikat telekomunikasi itu berhubung notis wajib kepatuhan yang telah dikeluarkan terhadap mereka.

“Arahan Suruhanjaya yang didaftarkan pada 19 Mei lalu menuntut ketiga-tiga syarikat untuk membuat penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik dan memenuhi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).

“Kegagalan syarikat telekomunikasi dalam memenuhi Arahan Suruhanjaya berkenaan piawaian kualiti ini boleh mengakibatkan syarikat telekomunikasi tersebut dikenakan penalti berat sehingga RM200,000 di bawah seksyen 109, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM),” jelasnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC telah menjalankan audit teknikal ke atas perkhidmatan jalur lebar di bawah Standard Mandatori bagi MSQoS di 3,038 lokasi di 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.

Katanya, kesemua lokasi ini dipilih berdasarkan rekod lokasi aduan yang diterima oleh MCMC dan daripada jumlah itu, 40 notis wajib kepatuhan yang melibatkan 449 lokasi terawal gagal telah dikeluarkan dari 1 Januari hingga 15 Jun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI