fbpx

Gangguan rangkaian jejas 210,000 pelanggan Celcom di Pahang, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Satu kebakaran kecil berlaku awal pagi tadi dipercayai mengakibatkan gangguan perkhidmatan kepada kira-kira 210,000 pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu.

CelcomDigi menerusi kenyataan rasminya berkata, gangguan berkenaan melibatkan perkhidmatan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan data.

Namun menurut kenyataan itu, beberapa perkhidmatan sedang dibaik pulih secara berperingkat.

“Ia termasuk perkhidmatan suara, SMS serta tambah nilai, dan kami sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan secepat mungkin.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan di atas segala kesulitan yang dihadapi,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai pemulihan perkhidmatan akan disampaikan kepada pelanggan melalui pelbagai saluran termasuk laman web serta platform media sosial CelcomDigi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI